Saturday, March 22, 2014

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG ASRAMA SMA AL-HASANAH 2015

1.  Pelajar tidak dibenarkan membawa sebarang gajet seperti telefon bimbit dan barang elektrik.
2.     Tidak dibenarkan merokok.
3.     Menjaga akhlak dan adab sepanjang berada di asrama.
4.     Menjaga kebersihan.
5.  Menjaga aurat anda setiap masa dan keadaan walaupun ketika berada di dalam asrama.
6.     Pergaulan bebas antara lelai dan perempuan adalah sangat dilarang.
7.     Ketepatan masa amat diutamakan.
8.     Memberi perhatian dan peka dengan pengumuman dan arahan.
9.   Kehadiran ke aktiviti asrama adalah wajib dan direkodkan. Sila dapatkan izin daripada warden sekiranya anda sakit atau perlukan pengeculian.
10. Kawasan asrama lelaki adalah kawasan larangan bagi pelajar perempuan dan juga sebaliknya.
11. Kawasan asrama adalah kawasan larangan sewaktu kelas atau aktiviti sedang berjalan.
12.  Hanya dibenarkan makan di kawasan yang disediakan.
13.  Menghormati warden
14.  Mengunakan bahasa yang baik dan sopan pada setiap masa.
15.  Dilarang masuk ke kawasan pejabat sekolah dan bilik warden tanpa izin.
16.  Sebarang masalah sila rujuk kepada warden.
17. Tidak boleh keluar daripada kawasan arama kecuali dengan izin warden yang bertugas.
18. Pelajar tidak dibenarkan berlari-lari di dalam kawasan asrama bagi mengelakkan sebarang kecederaan berlaku
19.  Sebarang pelanggaran undang-undang akan dikenakan tindakan yang amat tegas.
20.  Barang berharga tidak dibenarkan seperti emas dan nilai wang saku yang dibenarkan unuk dibawa adalah sebanyak RM10 seminggu. Sekiranya pelajar membawa wang yang lebih sila serahkan kepada warden.
21.  Seluar jeans dan legging tidak dibenarkan.
22.  Tudung bidang 50 inci keatas sahaja dibenarkan.
23.  T-shirt perempuan mestilah longgar dan labuh sehingga paras lutut.
24.  Tidak dibenarkan membawa t-shirt ketat yang tidak mempunyai tulisan atau gambar bagi lelaki.
25.  Semua barang hendaklah ditulis nama.

26.  Pelajar hanya dibenarkan balik pada minggu pertama setiap bulan.

PERATURAN OUTING

1.   Pelajar dibenarkan outing pada minggu tidak pulang bermalam setiap bulan bersama ibubapa.
2.  Pelajar hanya dibenarkan keluar dengan ibu bapa dan dengan kebenaran warden bertugas.
3.    Masa outing adalah pada hari sabtu atau ahad mengikut jadual yang ditetapkan mulai jam 11.00 pagi sehingga 6.00 petang. Kecuali mendapat kebenaran khas warden atas kes-kes tertentu yang munasabah.
4.    Pelajar perlu melaporkan diri dan mendapatkan tandatangan warden bertugas setiap kali ingin keluar dan masuk asrama.
5.   Pelajar perlu memakai pakaian sekolah, batik sekolah atau baju PJK (bagi lelaki sahaja) ketika keluar dari asrama.