Saturday, April 5, 2014

PERATURAN MEMBAWA MAKANAN DAN MINUMAN KE ASRAMA

Timbul beberapa isu sejak kebelakangan ini berhubung jenis makanan dan minuman yang boleh dibawa masuk dan yang tidak boleh dibawa masuk ke asrama. 

Sebahagian daripada pelajar seolah tidak menghiraukan ingatan pihak sekolah agar tidak membawa makanan tertentu ke asrama dengan justifikasi yang diberikan oleh pihak sekolah. Malah terdapat segelintir daripadanya membeli dengan jumlah yang banyak dan menjualkannya pula kepada pelajar lain.

Pihak sekolah telah mengingatkan pelajar bahawa sebahagian daripada jenis makanan dan minuman yang dibawa berpotensi besar menimbulkann isu keracunan makanan, manakala sebahagiannya pula tidak sesuai dianggap sebagai makanan kesihatan dan ia bertentangan dengan dasar kerajaan berhubung pemakanan sihat murid di asrama.

Berhubung isu pemakanan murid di asrama, pihak sekolah mengambil maklum beberapa permintaan ibu bapa yang ingin membekalkan makanan tambahan kepada anak masing-masing atas alasan yang kononnya makanan di asrama tidak mencukupi. Namun begitu pihak ibu bapa dan penjaga juga perlu memahami kekangan sekolah dan keterikatan sekolah dengan peraturan pemakanan sihat Kementerian Pendidikan Malaysia. Di samping kebimbangan sekolah terhadap potensi makanan tertentu yang boleh membawa kepada isu keracunan.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah menggariskan beberapa perkara berhubung makanan dan minuman berkenaan.






Pemakanan Sihat

Pihak sekolah berharap ibu bapa dan penjaga tidak membekalkan anak masing-masing dengan makanan yang tidak menepati amalan makanan sihat sebagaimana yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan seperti makanan mee segera dan makanan yang mengandungi MSG dan minuman bersoda.

Makanan Basah

Pihak sekolah memandang berat isu keracunan pelajar berpunca daripada makanan yang dibekalkan oleh ibu bapa/penjaga atau dibeli pelajar daripada pembekal makanan luar. Justeru pihak sekolah berharap ibu bapa dan penjaga tidak membekalkan makanan basah seperti nasi goreng, mee goreng, nugget, mee sup, kuih muih dan yang seumpamanya.

 Pihak sekolah memahami keinginan anak masing-masing untuk menikmatimakanan seumpama itu di asrama, namun sekolah tiada mekanisma dan keupayaan untuk mempastikan makanan basah berkenaan dimakan segera oleh setiap pelajar. Kelewatan pelajar memakan makanan basah tersebut dikhuatiri akan mendedahkannya kepada pencemaran dan mengakibatkan keracunan.

Sekiranya perkara berkenaan berlaku, ia akan menimbulkan banyak masalah kepada pengurusan dan pentadbiran sekolah apatah lagi sekiranya melibatkan jumlah pelajar yang ramai.




CONTOH MAKANAN YANG DIBENARKAN

Sebagai pilihan, pihak sekolah memberi kelonggaran bagi jenis makan kering yang boleh disimpan dalam tempoh yang agak lama Selain daripada itu, juga jenis makanan yang tercatat tarikh tamat tempoh luput seperti roti, biskut, kek dan yang seumpamanya. Pihak ibu bapa diminta berhubung dengan pihak sekolah bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung peraturan ini demi kebaikan semua pihak.




Friday, April 4, 2014

ETIKA PAKAIAN PELAJAR LELAKI ASRAMA


Semua ibu bapa dan penjaga dipohon mengambil maklum berhubung etika pakaian pelajar semasa di sekolah dan di asrama. Ia adalah bertujuan untuk memudahkan pihak sekolah dan warden dalam mempastikan semua pelajar mematuhi peraturan dan etika pakaian berkenaan. 

Sekiranya pihak ibu bapa dan penjaga telah menyemak semua jenis pakaian yang dibawa oleh anak masing-masing semasa mereka masuk ke asrama, maka pihak warden tidak perlu lagi membuat pemeriksaan dan mengambil tindakan merampas pakaian yang dilarang berkenaan.

Justeru, ibu bapa dan penjaga dipohon menyemak senarai keperluan asrama dan jenis pakaian yang dibenarkan dan yang dilarang sepanjang pelajar berada di asrama. Sila klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.



ASRAMA BUKANLAH TEMPAT YANG SESUAI BAGI PELAJAR 
UNTUK MEMPERAGAKAN FESYEN PAKAIAN








Kerjasama semua ibu bapa dan penjaga adalah amat diharapkan dalam perkara ini.